Tuesday, July 8, 2008

Penghargan Buat AJK P3K (Bekas Murid)




Program 3K adalah merupakan program yang telah dilaksanakan JPI KEHU, yang mana di dalamnya telah dilantik AJK bagi memastikan berjalan dengan lancarnya, Bekas Murid telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa bersama dalam program 3K. Mereka adalah yang mempunyai harapan dan tidak mahu putus-putus berkhidmat dengan pihak sekolah.




Oleh itu Sebagai tanda penghargaan pihak sekolah kepada AJK P3k (AJK Bekas Murid Sekolah) yang telah membantu sekolah pada cuti persekolahan penggal ke dua... murid-murid ini telah dibawa ke sebuah tempat dengan kerjasama sebuah syarikat penternak ikan di sangkar Pulau Pelumpong, Muara.




Dalam masa yang sama mereka belajar keadaan dan kehidupan seorang nelayan, jarih payahnya mereka berusaha menangkap ikan dan menternak ikan. secara tidak langsung melihat kehindahan persekitaran yang ada, dan menambah pengetahuan serta mengkuatkan iman bahawa Allah SWT sangat bijaksana mencipta alam semasta ini.


No comments: