Tuesday, November 27, 2007

KEMPEN KEBERSIHAN

Kebersihan memang perkara yang perlu utamakan walaupun pada tubuh badan atau kawasan sekeliling. seperti mana sabda Rasulullah S.A.W "KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN" Jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting, oleh itu budaya kebersihan ini boleh membawa diri kita atau orang sekeliling kita dijauhi akan perkara yang tidak dingini seperti hal-hal penyakit, penyakit kaki tangan dan mulut dan macam-macam lagi,

Dari itu pihak sekolah mengambil langkah-langkah yang patut bagi mengelakan perkara tersebut berlaku, kempen kebersihan besar-besaran diadakan bersama-sama dengan angota bomba Bandar Seri Begawan. Murid-murid diarahkan mengutip sampah dan membersihkan bilik darjah serta kawasan persekitaran sekolah.

SUKAN RIA, MERIAH KALI HAA...




Guru-guru, kakitangan dan murid-murid dibahagi-bahagikan kepada rumah-rumah iaitu Merah, Kuning, Hijau dan Biru, aktiviti ini diadakan sekali dalam setahun. Inilah saat yang paling ditungu-tungu oleh murid-murid.

Adapun tujuan sukan ria ini diadakan

  1. memberikan murid-murid peluang beriadah secara sehat
  2. berdaya saing diantar mereka dalam mengikuti aktiviti yang diadakan.
  3. mengeratkan silaturahim diantar guru-guru dan murid-murid.

Sukan ria pada tahun ini telah dimenangi secara keseluruhan oleh RUMAH MERAH. TAHNIAH DIUCAPKAN. sebenarnya kemenangan itu bukan suatu kewajiban tetapi keupayaan dan usaha bagi sama-sama menjayakan acara ini adalah yang paling berharga.

Program 3K



Program 3k di sekolah ini dapat telah dapat diusahakan dengan jayanya. Program ini mempunyai proses yang amat panjang dan memerlukan kerjasama diantar guru-guru, kakitangan dan murid-murid. Apa yang lebih menariknya sekali ialah murid-murid lepasan dari darjah 6 sebagai sukarelawan bagi membantu dan turut serta dalam program ini.
Alhamdullilah pihak sekolah telah menerima sijil penyertaan bagi program P3K, keindahan dan keceriaan serta kebersihan telah dapat pihak sekolah jaga sehingga kehari ini.