Tuesday, June 24, 2008

Mengkemaskinikan Stor Buku

Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab pegawai dan guru-guru setiap sekolah mencatit buku-buku serta alat-alat yang digunakan di sekolah. Mahupun yang digunakan atau pun tidak, ini bermakna yang ada dalam simpanan stor.

sebelum cuti sekolah yang lalu guru-guru dan beberapa orang murid telah berusaha mengkemaskinikan buku-buku yang hendak dihapuskan, dan mengasingkan buku-buku yang masih boleh digunakan.

Monday, June 23, 2008

Kempen Kebersihan (P3K)

Al-Hamdulilah pihak sekolah amat mementikan kebersihan kawasan sekolah setiap masa , malah ia lebih diberatkan apabila sebelum cuti sekolah, guru-guru dan murid-bersama-sama berganding bahu mebersihkan kawasan masing-masing.

Guru-guru sebelum memulakan kempen kebersihan pada hari itu murid-murid dikarahkan untuk sembahyang zohor berjemaah terlebih dahulu. selepas itu diberi penerangan oleh pengawas yang bertugas.

Murid-murid telah dibahagikan beberapa bahagian/tadahan tugas ditempat yang telah ditetapkan.
Dalam hal ini ada bersangkut paut bagi mencapai tujuan untuk menlaksanakan program 3k yang dianjaurkan oleh JPI.
Bagi pihak Guru Besar dan Pentadbiran Sekolah mengucapan ribuan penghargan dan terima kasih diatas kerjasama para guru serta murid-murid , kerana bersama-sama melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Semoga dengan usaha yang tane lakukan mendapat keberkatan dari Allah jua. Amin.