Thursday, July 31, 2008

Tahniah Buat Anda

Seramai 175 Pelajar yang terpilih bagi mengikuti program pengajian di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) bagi pengambilan ke 2. Meraka akan menjalani minggu Ta'aruf selama seminggu. Pelajar-Pelajar yang terpilih ini akan menjalankan program pengajian Sarjana Muda Perguruan Ugama, Diploma Tertingg Perguruan Ugama Dan Diploma Perguruan Ugama.

Disekolah ini ada dua orang guru telah berjaya mengikuti program pengajian di KUPUSB. Tahniah Buat

Yang Mulia, Cikgu Hamny Bin Panjang, Guru Kanan Akademik. (Sebelah Kiri)
Yang Mulia, Cikgu Abdul Malek Bin Haji Abdullah, Guru Kanan Pentadbiran.(Sebelah Kanan)

Majlis Perpisahan Guru Bersara


Majlis ini telah dihadiri oleh Yang Mulia Guru Besar SUPMAM Bengkurong dan guru-guru sekolah tersebut, bertempat RBC, Centerpoint Gadong, pada 27hb Julai 2008 yang lalu.

Bagi Yang Mulia Cikgu Aminah Bte Haji Azahari. dengan ucapan berbanyak ribuan terima kasih kerana telah sama-sama memberikan khidmat kepada pihak sekolah selama bertugas disekolah ini. Bagi Pihak sekolah sekali lagi mengucapan semoga usaha hasil kerja itu diberkati oleh Allah S.W.T jua.... Amin.....

Friday, July 25, 2008

SeUtas Permata, Tanda Berharga, Kias Berkata, Tanda Pengharga.

Penerusi Dan Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Khatam
Al-Quran Bagi Murid-murid Darjah VI Sekolah Ugama Pengiran Muda Abdul Malik Bengkurong Brunei III Dengan Rendah Hati Merakamkan Ucapan Setinggi-tinggi Terima Kasih Dan Penghargaan Kepada:

Tetamu Kehormat
Yang Mulia,
Awg Haji Mohd Zain Bin Haji Mohammad
Ketua Kampung Bengkurong
Negara Brunei Darussalam

Yang Mulia,
Pegawai-Pegawai
Jabatan Pengajian Islam, Kawasan Brunei III
Kementerian Hal Ehwal Ugama
Negara Brunei Darussalam

Para Jemputan Khas
Guru-Guru Besar Kawasan Brunei III

Para Peserta Taktim Dan Dikir Marhaban

Pusat Dakwah Islamiah
Kementerian Hal Ehwal Ugama
Negara Brunei Darussalam

Para Ibubapa/ Penjaga yang bermurah hati menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk sumbangan bagi sama-sama menjayakan majlis ini. Dan kepada semua yang terlibat dan yang melibatkan diri pada menjayakan majlis ini. Semoga segala tenaga dan fikiran yang diberikan ini akan mendapat balasan dari Allah S.W.T jua.

Wadah Surah, Dibaca Indah, Majlis Khatam, Berlangsung Sudah.


Pada 23.07.2008 ( Rabu ), Sekolah Ugama Pengiran Muda Abdul Malik, Kg. Bengkurong, Brunei III, telah sempurna mengadakan Majlis Khatam bagi Murid-murid Darjah 6 Pagi Dan Petang sesi 2008M / 1429H Bertempat Perkarangan Kawasan Sekolah Tersebut. Seramai 68 orang murid telah pun mengikuti majlis khatam tersebut ianya juga disertai oleh murid-murid Darjah Pra, 2, 3 dan 4.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Awg Hj Mohd Zain Bin Haji Mohammad, Ketua Kampung Bengkurong, Kampong Bengkurong. Selain itu juga, majlis tersebut turut dihadiri oleh Jemputan-jemputan khas yang terdiri daripada Pegawai-pegawai Jabatan Pengajian Islam, Guru-guru Besar kawasan Brunei III. Ibu bapa serta penjaga murid-murid juga turut sama memeriahkan majlis tersebut.

Majlis dimulai dengan bacaan Surah Al Fatihah, yang diketuai oleh Tetamu Kehormat Majlis dan setelah itu perarakan masuk peserta-peserta Khatam yang di iringi dengan persembahan tausyeh, kemudian Murid-murid khatam memulakan bacaan mereka dengan membaca doa sebelum membaca Al Quran dan setelah itu membaca Surah-surah Lazim. Setelah bacaan surah-surah pilihan tersebut selesai, bacaan takhtim pula dipersembahkan oleh gabungan murid-murid perempuan Darjah 4 dan 5 , Sekolah Ugama Pengiran Muda Abdul Malik Bengkurong.

Doa Khatam dibacakan oleh Awg Mohd Haziq Faiz Bin Mohd Khusairi Azam, Murid darjah 6 Alif. Setelah selesai bacaan doa khatam tersebut, murid-murid diberikan sijil Khatam dan seterusnya ditaburi bunga rampai oleh Tetamu Kehormat serta para jemputan yang hadir dengan diiringi bacaan dikir Ya Manhadar.

Majlis berakhir dengan bacaan Doa Selamat dengan kesyukuran yang telah dibacakan oleh Cikgu Abdul Malik Bin Haji Abdullah.


Abiskita bolehlah melihat gambar-gambar yang lain dialamat ini http://picasaweb.google.com/garbataasyara14/MajlisKhatamAlQuran2008

Thursday, July 17, 2008

Kad Udangan Dah Diedarkan


Pegawai-Pegawai, Jabatan Pengajian Islam Dan Para Jemputan Khas Seta Ibubapa Dan Penjaga Telah Pun Di Jemput Hadir Ke Majlis Khatam Al-Quran Murid-Murid Darjah 6 Pada Kali ini

Tuesday, July 15, 2008

Paduka Anakanda Julangan Kasih Ayahanda


Kemeriahan dapat dirasakan seluruh rakyat dan penduduk bersempena Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Sultan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam. Doa dipanjatkan semoga Duli Tuanku sihat walafiat kekal karal memerintah negara dengan adil dan bijaksana serta aman.













Raja payung negara, tempat rakyat beteduh, memastikan rakyat dan penduduk aman membuat perkara-perkara yang membawa kemajuan negara. Suasana kemeriahan Sambutan Hari Keputeraan Baginda Sultan Yang Ke 62 Tahun diserikan dengan perhiasan, lampu-lampu cucul dan gerbang-gerbang beberapa lorong jalan raya tersegam indah diwaktu malam terutama sekali kawasan persekitaran Bandar Seri Begawan.

Saturday, July 12, 2008

Keperhatinan Masyarakat.

Usaha demi usaha, bagi cuba memperbaiki sekolah ini tidaklah terhenti begitu saja, kerana sekolah merupakan tempat yang diguna pakai dalam jangka masa panjang. Pihat sekolah amat terima kasih dan berbesar hati dengan sumbangan yang telah diberikan oleh salah seorang Hamba Allah,, Bagi tujuan memperbaiki atap sekolah yang terbuka. Disebabkan oleh berlakunya ribut dan angin kencang serta ujan yang lebat pada waktu ketika Brunei Darussalam dilanda ribut. Dalam pada itu pihak sekolah rasa bimbangw berlakunya atap terbang serta melibatkan perkara yang tidak dingini.
Perasaan pihak sekolah amatlah bersyukur kepada Allah jua, Hamba Allah itu sendiri, datang menghulurkan bantuan dan menghantar perkerja membaik pulihkan atap sekolah kami.

Wednesday, July 9, 2008

Perjumpaan Guru-Guru SUPMAM


Pada 06hb July 2008, guru-guru sama-sama meluangkan masa bagi menghadiri perjumpaan diantar Pemimpin dan pentadbiran sekolah. Adapun agenda pada hari tersebut membincangkan mengenai pencapaian peratus lulus dan gagalnya peperiksaan setengah tahun (potsmoterm). Guru-guru darjah masing-masing ditanyakan apakah sebab kegagalan anak-anak murid dibawah jagaan mereka dalam peperiksaan dan guru-guru sama-sama memberikan jalan penyelesan yang bersesuaian mengikut kemampuan murid-murid itu.


Dalam pada hari itu juga, Guru Besar selaku pengerusi perjumpaan ini, turut membincangkan cara-cara yang terbaik bagi mencapai kuantiti yang besar dalam pencapaian peratus lulus, Untuk seterusnya juga, perjumpaan ini membincangkan persiapan majlis Khatam Al-Quran 2008M yang akan diadakan tidak lama lagi.

Tuesday, July 8, 2008

Penghargan Buat AJK P3K (Bekas Murid)




Program 3K adalah merupakan program yang telah dilaksanakan JPI KEHU, yang mana di dalamnya telah dilantik AJK bagi memastikan berjalan dengan lancarnya, Bekas Murid telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa bersama dalam program 3K. Mereka adalah yang mempunyai harapan dan tidak mahu putus-putus berkhidmat dengan pihak sekolah.




Oleh itu Sebagai tanda penghargaan pihak sekolah kepada AJK P3k (AJK Bekas Murid Sekolah) yang telah membantu sekolah pada cuti persekolahan penggal ke dua... murid-murid ini telah dibawa ke sebuah tempat dengan kerjasama sebuah syarikat penternak ikan di sangkar Pulau Pelumpong, Muara.




Dalam masa yang sama mereka belajar keadaan dan kehidupan seorang nelayan, jarih payahnya mereka berusaha menangkap ikan dan menternak ikan. secara tidak langsung melihat kehindahan persekitaran yang ada, dan menambah pengetahuan serta mengkuatkan iman bahawa Allah SWT sangat bijaksana mencipta alam semasta ini.


Tuesday, July 1, 2008

Khidmat ICT Sekolah






Sekolah ini telah memberikan sedikit khidmat kepada masyarakat dan beberapa individu dalam pembuatan blog yang mana memerlukan membuat perisian blog-blog mereka. Setakat ini ada 2 buah blog hasil khidmat ICT/SUPMAM untuk mereka. Alhamdulilah dalam hal ini dapat mencurahkan sedikit usaha yang membuahkan hasil.
"Kerjasama itu membawa berkat"