Thursday, September 18, 2008

Majlis Khatam Al-Quran Dan Penyampain Derma Anak Yatim

16hb Sept 2008M- Hari penutup penggal persekolahan yang ke tiga, persekolahan pada kali ini termasuk dalam suasana bulan puasa/Ramadan al-mubarak.
sebagai acara penutup penggal yang ketiga ini, masjlis Khatam Al-Quran dan penyampaian derma anak yatim telah diadakan. murid-murid sekolah ini telah hadir sedari awal sebelum solat zohor berjemaah.

Acara dimulakan denan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh cikgu Rizal dan kemudian disusuli dengan bacaan surah-surah yang bermula dari Ad-Duha sehinggalah surah Lahab. oleh murid-murid lelaki dan perempuan.
Bacaan Takhtim dibacakan oleh guru-guru dan murid-murid perempuan, selesai saja daripada itu bacaan doa pun dibacakan oleh murid lelaki Darjah 6 Alif, Awg Amirul Akhram.

Tuesday, September 9, 2008

Majls Tedarus Di Masjid Bengkurong


Bulan Ramadan, bulan yang perlu meningkatkan, menambah dan memperbanyakan amalan sebagai bekalan dan pelaburan untuk diakhirat. Malahan membaca Al-Quran merupakan salah satu perkara yang lazim dan rutin diadakan setiap tibanya Bulan Ramadan.
Kali ini pihak sekolah bergabung sama dengan sekolah Ugama Bengkurong, bagi menyemarakkan lagi majlis tedarus di masjid Bengkurong, guru-guru kedua-dua buah sekolah hadir bersama-sama, sehadirnya kami sebelum sembahyang zohor. kerana memastikan murid-murid hadir ke masjid untuk bersama-sama sembahyang berjemaah fardhu zohor.
selesai saja sembahyang berjemaah, murid-murid dibahagikan beberapa bahagian untuk membaca juz-juz al-quran yang telah ditetentukan.

Monday, September 8, 2008

Tidak Terlambat Selamat Datang Ya Ramadan

Tidaklah terlambat bagi Warga Sekolah Dan Ahli Jawatankuasa Sekolah mengucapan selamat menunaikan Ibadah Pusasa, Semoga Segala Amalan Ya Berkebajikan Dibulan Ramadan Ini Berlipat Gandakan Oleh Allah Subahanahu Wata'ala,,, Amin



Thursday, September 4, 2008

Peperiksaan Penilaian / Kelayakan SSRU DH 6


Pada Hari ini murid-murid darjah 6 telah menduduki peperiksaan penilaian SSRU... harapan tinggi menggunung untuk mencapai peratus yang memuaskan ,,, apa yang pasti dan yang penting lulus.

Monday, September 1, 2008

Pembahagian Mushaf Brunei Darusalam


Pembahagian Mushaf Brunei Darussalam berukuran kecil kepada kesemua murid-murid rendah atas dan rendah bawah. Guru-guru diarahkan bagi memastikan semua murid-murid meneriam mushaf tersebut.