Tuesday, September 9, 2008

Majls Tedarus Di Masjid Bengkurong


Bulan Ramadan, bulan yang perlu meningkatkan, menambah dan memperbanyakan amalan sebagai bekalan dan pelaburan untuk diakhirat. Malahan membaca Al-Quran merupakan salah satu perkara yang lazim dan rutin diadakan setiap tibanya Bulan Ramadan.
Kali ini pihak sekolah bergabung sama dengan sekolah Ugama Bengkurong, bagi menyemarakkan lagi majlis tedarus di masjid Bengkurong, guru-guru kedua-dua buah sekolah hadir bersama-sama, sehadirnya kami sebelum sembahyang zohor. kerana memastikan murid-murid hadir ke masjid untuk bersama-sama sembahyang berjemaah fardhu zohor.
selesai saja sembahyang berjemaah, murid-murid dibahagikan beberapa bahagian untuk membaca juz-juz al-quran yang telah ditetentukan.

No comments: