Saturday, December 8, 2007

Walkthon 2007

"SIHAT TUBUH BADAN BERUPAYA MENCERNAKAN MINDA"
Walkthon merupakan salah satu acara tahunan diadakan dsekolah ini. semua murid-murid terlibat bagi acara ini, walkthon ini di adakan dikawasan persekitaran Kampung Bengkurong yang berhubung atau jalan tembus menembus balik semula ke sekolah.
Penglibatan semua warga sekolah menambahkan lagi kemeriahan pada hari itu. Syukur lah pada hari itu cuaca tidak begitu panas. Tetapi yang penting sekali matlamat acara ini diadakan iaitu mengalakan murid-murid melakukan perkara yang berfaedah bukan sahaja dalam sekolah bahkan boleh dilakukan diluar sekolah. Dan memberikan peluang beriadah bersama-sama guru-guru serta kekawan murid-murid bagi mengeratkan silaturahmi diantara mereka. Dalam pada itu juga secara tidak langsung untuk kesihatan kita bersama jua.

No comments: