Tuesday, December 11, 2007
Saturday, December 8, 2007
Majlis Khatam Al-Quran SUPMAM
Majlis ini telah berlangsung pada hari Sabtu 04hb Ogos 2007 bertempat Dewan Sekolah Ugama Pengiran Muda Abdul Malik Bengkurong
Seramai 64 orang murid telah dapat diraikan dalam majlis khatam Al-Quran bagi tahun ini.
Majlis Khatam Al-Quran ini diadakan adalah bertujuan sebagai tanda penghargaan pihak sekolah dan sebagai galakan serta memberi semangat kepada murid supaya terus membaca Al-Quran dan berlumba-lumba mengkhatamkan pembacaannya, dengan tidak secara langsung akan sentiasa membaca Al-Quran dengan baik dan lancar. Dalam pada itu juga dapatlah mengeratkan kerjasama dan perpaduan di antara Ibu Bapa, Guru-Guru dan murid-murid dalam sama-sama mengendalikan majlis keugamaan di sekolah.
Dalam kesempatan ini saya bagi mewakili warga sekolah mengucapkan setinggi-setinggi terima kasih kepada Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Ustaz Haji Abdul Rahim Bin Haji Gantang dan Para jemputan khas yang berkesudian hadir dan dapat meluangkan masa ke majlis kami pada hari itu. Dan saya juga mengucapkan penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Kerja yang telah berusaha sehingga terlaksananya majlis pada hari tersebut serta diucapkan ribuan terima kasih kepada Ibubapa/Penjaga dan sesiapa saja yang memberikan sumbangan sama ada berbentuk wang ringgit , tenaga dan buah fikiran untuk menjayakan majlis ini. Semoga segala usaha yang disumbangkan termasuk dalam amal soleh kita dan beroleh ganjaran daripada Allah S.W.T Amin….

Al-Quran perlu dibaca dan wajib setiap mukmin belajar dan menguasai pembacaan Al-Quran. tidak setakat itu, Al-Quran selanjutnya perlu didalami maknanya, dipahami kandungannya dan kemuncaknya ialah dihayati serta diamalkan perintah serta dijauhi larangan didalamnya. Inilah tanda bersyukur dengan rahmat Allah yang menurunkan Al-Quran.
Berkata Imam Ibrahim Al-Khawwas ra: "Penawar yang mujarab bagi hati ada 5 perkara:
- Membaca Al-Quran dengan tadabbur.
- selalu berpuasa (mengosongkan perut).
- Sembahyang di malam hari.
- Merendahkan diri ketika bersahun.
- sentiasa mendampingi orang-orang soleh.
Sabda Rasulluallah S.A.W :
اًُحْزُنْ لِسَا نَكََ أِلاًَّ مِِنْ خَيّرِ ِ فََاَِ نَّكََ بِذلِِكََ تَغْلِِبُ الََّّشْيطََانَ
Ertinya : “Jagalah lidahmu kecuali bila berkata baik, dengan berlaku demikian engkau akan mengalahkan syaitan.”
Supaya dapat membanyakkan zikir kepada Allah swt dan juga membaca Kitab suci Al-Quran. Agar dapat memberi petunjuk kepada manusia lain ke jalan Allah swt dan jalan yang diredhai. Agar dapat menyeru manusia untuk berbuat kebajikan atau melarangnya daripada berbuat kejahatan. Agar dapat menyatakan segala isi hati yang tersimpan didalam hati
Perarakan Maulud Nabi Muhammad S.A.W
Berselawat lah Kamu, walaupun sekadar اللهم صلى على سيدنا محمد setiap sekali kita berselawat 10 kebajikan Allah swt berikan. Dari itu rebutlah peluang yang ada, memang sudah termaktup kesahihannya..
Penglibatan guru-guru dan murid-murid dalam perarakan kali ini seramai 60 orang sahaja dari darjah 4,5 dan 6 berserta AJK P3k. Walaupun suasana pada ketika itu cuaca panas tetapi tidak ada rasa putus asa untuk terus bertahan sehingga selesai perarakan. Apa yang penting tujuan penglibatan ini bagi mendedahkan murid-murid suasana behadapan dengan bersama masyarakat, dan memperingati hari kebesaran dalam sejarah Islam.
Walkthon 2007
"SIHAT TUBUH BADAN BERUPAYA MENCERNAKAN MINDA"
Walkthon merupakan salah satu acara tahunan diadakan dsekolah ini. semua murid-murid terlibat bagi acara ini, walkthon ini di adakan dikawasan persekitaran Kampung Bengkurong yang berhubung atau jalan tembus menembus balik semula ke sekolah.
Penglibatan semua warga sekolah menambahkan lagi kemeriahan pada hari itu. Syukur lah pada hari itu cuaca tidak begitu panas. Tetapi yang penting sekali matlamat acara ini diadakan iaitu mengalakan murid-murid melakukan perkara yang berfaedah bukan sahaja dalam sekolah bahkan boleh dilakukan diluar sekolah. Dan memberikan peluang beriadah bersama-sama guru-guru serta kekawan murid-murid bagi mengeratkan silaturahmi diantara mereka. Dalam pada itu juga secara tidak langsung untuk kesihatan kita bersama jua.
Tuesday, December 4, 2007
Sebelum Ubah Suai
Subscribe to:
Posts (Atom)