Friday, September 30, 2011

MAJLIS KHATAM DALAM BORNEO BULLETIN KHAMIS 29 SEPTEMBER 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN BAGI MURID-MURID DARJAH VI TAHUN 1432H/2011M


Majlis ini telah diadakan pada:
Hari Selasa
28hb Syawal 1432H bersamaan dengan 27hb September 2011M
Jam 2.15 Petang
Bertempat di Sekolah Ugama Pengiran Muda Abdul Malik
Bengkurong, Brunei III


Tetamu Kehormat Majlis:
Yang Mulia Ustaz Haji Rusli Bin Haji Mohd. Salleh
Ketua Unit Sekolah-Sekolah Ugama
Jabatan Pengajian Islam
Kementerian Hal Ehwal Ugama
Negara Brunei Darussalam

 Jemputan-Jemputan Khas


Jemputan IbuBapa/Penjaga Murid-Murid yang dikhatamkan.


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Tetamu Kehormat Majlis.
Kemudian diikuti bacaan Surah-Surah oleh Peserta Khatam Al-Quran




Seterusnya bacaan Takhtim oleh Murid-Murid Perempuan Darjah IV & V 


Doa Khatam Al-Quran dibacakan oleh:
Awg Abdul Matin Bin Haji Abdul Rahim
(Murid Darjah VI Alif)


 Diikuti oleh Dikir "Ya Manhadar" oleh Murid-Murid Lelaki Darjah IV & V



Gambar-gambar dibawah adalah acara Menabur Bunga Rampai dan Penyampaian Sijil kepada murid-murid yang dikhatamkan.




 Acara Menaburkan Bunga Rampai Oleh Ibu/Bapa dan Penjaga Murid yang dikhatamkan.

Penyampaian cenderahati Kepada Tetamu Kehormat Majlis

Bacaan Doa Selamat dibacakan oleh:
Yang Mulia Cikgu Haji Mahadini Bin Haji Ismail.

Penghargaan:
Pengerusi Dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Khatam Al-Quran Bagi Murid-Murid Darjah VI Sekolah Ugama Pengiran Muda Abdul Malik Bengkurong Brunei III Dengan Rendah Hati Merakamkan Ucapan Setinggi-tinggi Terima Kasih Dan Penghargaan kepada:

Tetamu Khas
Yang Mulia,
Ustaz Haji Rusli Bin Haji Mohd. Salleh
Ketua Unit Sekolah-Sekolah Ugama
Jabatan Pengajian Islam
Kementerian Hal Ehwal Ugama
Negara Brunei Darussalam

Yang Mulia,
Pegawai-Pegawai
Jabatan Pengajian Islam, Kawasan Brunei III
Kementerian Hal Ehwal Ugama
Negara Brunei Darussalam

Jemputan-Jemputan Khas

Guru-Guru Besar & Ketua Guru Ugama
Kawasan Brunei III

Yang Mulia Penghulu Mukim Kilanas
Yang Mulia Pemangku Ketua Kampung Bengkurong

Para Peserta Takhtim Dan Dikir Marhaban

Pusat Da'wah Islamiah

Para IbuBapa/Penjaga yang bermurah hati menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk sumbangan bagi sama-sama menjayakan majlis ini. Dan kepada semua yang terlibat dan yang melibatkan diri pada menjayakan majlis ini. Semoga segala tenaga dan fikiran yang diberikan ini akan mendapat balasan dari Allah S.W.T jua Amin.