Sunday, May 31, 2009

Persiapan Majlis Khatam Al-Quran Darjah 6

Dalam masa ini Ahli Jawatankuasa Majlis Khatam Al-Quran Darjah 6 telah bersiap sedia untuk hari gemilang itu selang beberapa minggu mendatang..

Saturday, May 16, 2009

Ucapan Majlis Penutup Dari Tetamu Kehormat


UCAPAN TETAMU KEHORMAT
YANG MULIA, CIKGU HAJI MD JAPPAR BIN HAJI AWG DAMIT
PEMBANTU PEGAWAI PENGAJIAN ISLAM BRUNEI III
JABATAN PENGAJIAN ISLAM.
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

sebahagian ucapan tetamu kehormat:
"Ucapan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Pemimpi Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei III, Bahagian Perkembangan Staff, telah berjaya mengungkayahkan bengkel seumpama ini demi meningkatkan keupayaan dan kemahiran guru-guru dalam mengunakan program microsoft powerpoint. Dengan adanya bengkil ini, saya berharap para peserta bengkel agar dapat meneruskan penggunannya dan berkongsi sama guru-guru disekolah masing-masing. Zaman sekarang sudah mula banyak perubahan terutama perkembangan cara pendidikan, yang mana kini berhubungkait dengan teknologi terkini yang boleh digunapakai dalam pengajaran dan pembelajar. Tetapi hendaklah ia mengikut keseuaian peringkat umur murid-murid yang diajar. Dalam pada itu juga, bengkil sedemikian agar dapat diteruskan dari masa kesemasa bagi keperluan guru-guru ugama khasnya. Dikesempatan ini saya mengucpakan ribuan terima kasih kepada pemudah cara bengkel ini kepada Cikgu Haji Masfourteen Bin Haji Mohd Yusof, Guru ICT SUPMAM. Kerana berkesudian memberikan tunjuk ajar yang sangat beguna bagi para peserta.Saya ucapkan terima kasih juga kepada guru besar SUPMAM memberikan ruang bagi menggunakan makmal komputer sekolah ini."

Thursday, May 7, 2009

Bengkel Latihan Kemahiran Guru-Guru Ugama Rendah Atas Brunei III

Begkel ini telah diadakan pada 4hb hingga 6hb Mei 2009. Bertempat Makmal Komputer Sekolah Ugama Pengiran Muda Abdul Malik Bengkurong.
Seramai 25 orang guru menghantar wakil mengikut sekolah masing-masing dikawasan Brunei III.


Guru-guru rendah atas darjah 4, 5 dan 6 merupakan bengkel yang serupa diadakan guru-guru rendah bawah, Latihan kemahiran menggunakan Microsoft Powerpoint Vista, adalah program yang sering digunapakai dalam penyampaian oleh pentadbiran mana-mana jabatan terutama sekolah.

sebagai tindakan yang bijak Ahli Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei III, adalah baik dilaratkan kemahiran yang sedia ada itu kepada kepentingan dalam pengajaran dan pembelajaran disekolah.

Monday, May 4, 2009

Bengkel Latihan Kemahiran Guru-Guru Ugama Rendah Bawah Bru III

Bengkel yang dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei III. Selama 3 hari yang bermula pada 28hb sehinggalah 2hb Mei 2009. Bertempat Makmal Komputer , Sekolah Ugama Pengiran Muda Abdul Malik Bengkurong, Brunei III.
Bengkel Kemahiran Komputer menggunakan Microsoft PowerPoint Vista telah dikendalikan oleh pemudah cara bengkel Yang Mulia Awg Haji Masfourteen Bin Haji Mohd Yusof. Guru ICT Sekolah Ugama Pengiran Muda Abdul Malik Bengkurong.
Seramai 24 orang guru kawasan Brunei III menghantar seorang guru bagi wakli untuk menghadiri bengkel tersebut.



Lawatan Kerja Mahasiwa Dan Mahasiwi KUP SB


Sejak 3 tahun kebelakangan, Sekolah ini menjadi tumpuan beberapa mahasiwa dan mahasiwi KUPU SB bagi melihat secara dekat perkembangan dan penglibatan guru-guru serta murid-murid dalam penggunaan ICT untuk pengajaran dan pembelajaran(PDP).

Pada tahun ini sahaja, sebanyak 3 kumpulan datang menemu bual guru-guru dan guru ICT khasnya bagi mengetahui perkembangan penggunaan alat-alat ICT yang berhubungkait dalam
PDP.


Latihan Kemahiran ICT


Alhamdulilah Sekolah ini telah pun dapat mengembangkan dan memberikan hikmat latihan kepada guru-guru Sekolah Ugama PPSDR, Mata-Mata Bru III. Latihan Kemahiran Menggunakan Microsoft PowerPoint Vista ini adalah bertujuan meningkatkan lagi kemahiran yang sedia ada, dan mengaplikasikan program ini bagi membantu pengajaran dan pembelajaran murid. Tahniah diucapkan buat sekolah ugama PPSDR diatas usaha yang berkebajikan ini, semoga ianya dapat membantu dan diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Sukan Ria 2009