Saturday, August 30, 2008

Majlis Tahlil Dan Doa Arwah

Pada hari ini mengadakan majlis bertahlil dan doa arwah bagi guru-guru yang telah kembali karamatuallah, semoga mereka tergolong orang-orang yang beriman, dan para muslimin muslimat.

pembacaan surah yassin beramai-ramai yang dipimpin oleh cikgu Haji Mahdini Bin Haji Ismail dan tahlil oleh cikgu Mohd Rizal Bin Haji Md Yassin serta doanya dibacakan oleh Cikgu Abdul Hadi Bin Haji Zainin.

Saturday, August 23, 2008

Latihan Kemahiran Komputer

Program Latihan Kemahiran Komputer, adalah merupakan salah satu cara memperkembangkan staff sekolah. Guru-guru di sekolah ini diberi peluang mengikuti latihan kemahiran komputer ini, bagi menggunakan program microsoft Powepoint.

Ini adalah serba sedikit PRA KATA daripada Guru Besar:-

Alhamdulillah, kita panjatkan syukur ke hadarat Allah Subahanahu Wataala kerana dengan izin dan limpah rahmatNya jua buku LATIHAN KEMAHIRAN MENGGUNAKAN KOMPUTER : MICROSOFT OFFICE POWERPOINT 2007 bagi guru-guru ini dapat dihasilkan.

Selawat serta alam ke atas junjungan besar kita Sayidina Muhammad sallallahu Alaihi Wassalam, kepada kaum kerapat, para sahabat dan pengikut-pengikut baginda yang setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Pada awalnya, sekolah ini termasuk di antara beberapa buah sekolah yang diagihkan komputer sebanyak 26 buah. Maka, untuk memenuhi hasrat pihak Jabatan Pengajian Islam, untuk meingkatkan kualiti dalam sesi pengajaran dan pembelajaran maka terhasillah Program Latihan Kemahiran Menggunakan Komputer. Program ini mengandungi 2 fasa:
1.Fasa 1 : Microsoft Office Powerpoint 2007.
2.Fasa 2 : Microsoft Excel 2007.

Fasa 1 ini diterbitkan buku Latihan Kemahiran Menggunakan Komputer : Microsoft Office PowerPoint 2007. Buku ini mengandungi beberapa langkah yang dihasratkan bagi memudahkan lagi pemahaman serta membagun alat bantu mengajar menggunakan komputer khususnya microsoft Office PowerPoint 2007 yang lebih kreatif dan bermutu seiring dengan terbitnya buku teks baru yang dikeluarkan pada tahun ini.

Adapun buku ini diterbitkan adalah inisiatif pihak sekolah dalam melatih setiap tenaga pengajar dengan kemahiran menggunakan komputer khususnya Microsoft Office Powerpoint 2007.

Objektif program ini dijalankan adalah:
1.Melatih tenaga pengajar menggunakan komputer,
2.Memairkan tenaga pengajar dalam membuat alat bantu mengajar yang lebih kreatif,
3.Menggalakkan tenaga pengajar lebih kreatif dan invatif dalam menghasilkan apa-apa jua maklumat dan perisian.

Dengan terbitnya manual ini juga, diharapkan objektif pengajaran dan pembelajaran akan mudah dicapai, kepada semua tenaga pengajar adalah diharapkan akan dapat menggunakan buku ini sebaik-baiknya dalam usaha untuk meningkatkan produk dan kualiti bagi mencapai visi, misi dan matlamat sekolah.

Semoga kita semua akan dapat mengambil manafaat daripada buku manual ini dan mudah-mudahan pula daripadanya kita akan memperolehi keberkatan serta keredaan Allah Subahanahu Wataala.
Sekian kepada Allah jua dipohonkan faufik dan hidayah.


NOORHASNAH BINTI HAJI ZAINAL
GURU BESAR 1429H/2008M

Latihan ini dikendalikan Oleh Bahagian Perpustakaan Dan ICT Maklumat SUPMAM

Wednesday, August 6, 2008

Penyebar Maklumat

Salah satu usaha pihak sekolah, menyampaikan maklumat dan kefahaman mengenai program yang dikendalikan oleh Jabatan Pengajian Islam (JPI) mahu pun pihak sekolah sendiri. Bahagian Perpustakaan Dan ICT & Maklumat SUPMAM mengambil inisiatif membuat PENANDA BUKU (BOOK MARK) sebagai satu cara memberikan kefahaman kepada murid-murid dan ibubapa serta penjaga.



Serba sedikit mereka tahu perkembangan dan aktiviti yang dilaksanakan dalam sekolah ini. harapan pihak sekolah semoga usaha sedemikian ini dapat membantu mana-mana pihak.